Siapa suka makan roti john bolehlah cuba resepi roti john simple ni… Guna roti biasa pun menjadi elok, sedap sangat!
Kisahnya anak-anak request roti john tapi roti panjang jenis bun untuk roti john tu tak ada stok.
Kes malas nak kedai, guna jelah roti yang ada kat rumah.
Tapi rasa dia memang cukup sedap! Semudah ABC je pulak tu.
Jom kita tengok resepi roti john simple oleh Puan Ameera Rashid ni.
Nampak mudah dan menyelerakan sangat!
RESEPI ROTI JOHN SIMPLE GUNA ROTI KEPING JE. SEDAP TAK INGAT DUNIA!
Berikut adalah bahan-bahan yang akan digunakan.
BAHAN-BAHAN
- Roti (roti panjang atau roti biasa pun boleh)
- Marjerin (untuk disapu pada roti)
- Telur (2 biji untuk 5 keping roti)
- Daging hancur 1/2 keping
- Sayur kubis dicincang
- Serbuk blackpepper secukup rasa
- Serbuk bawang putih
CARA-CARA
1. SAPU MARJERIN
Mula-mula kita sapu sedikit marjerin pada setiap kepingan roti.
Ini roti keping yang dah disapu marjerin.
2. CAMPURKAN BAHAN INTI
Lepas tu kita satukan bahan-bahan untuk inti.
Ini saya guna 2 biji telur untuk 5 keping roti.
Campurkan dengan daging hancur, kubis, blackpepper, dan serbuk bawang putih.
Lain-lain bahan nak tambah pun boleh, contohnya daun bawang ke, nak tambah cheese ke.
Tak kisahlah ikut citarasa masing-masinglah ye.
Kacau hingga sebati.
3. BUBUH INTI ATAS ROTI
Lepas dah siap inti tu, kita bolehlah cedok sikit guna sudu dan bubuh atas roti.
4. BAKAR
Kemudian bakar atas pan yang dah dipanaskan dan dibubuh sedikit minyak masak.
5. Bubuh Sos
Dah siap bakar, boleh bubuh sos atau mayonis sesedap rasa.
Saya bubuh sos cili dan kewpie mayonis blackpepper and mushrooms.
SIAP! INILAH HASILNYA..
Walaupun mungkin rupanya taklah menawan macam guna roti panjang tu, tapi rasa sangat mewah. Sebab bubuh banyak daging, memang terasa di setiap gigitan.
Ok sangatlah buat dekat rumah macam ni kan?
Lagipun kalau mana roti tak habis tu, mesti kejap je licin…
Ibu-ibu silalah cuba resepi roti john simple sedap ni. Memang senang sangat dan berbaloi buat sendiri untuk makan ramai-ramai.
Boleh je tambah-tambah bahan lain dekat inti tu. Saya guna apa yang ada dekat rumah ni je pun dah ok sangat rasa dia.
Selamat mencuba!
*Resepi roti john simple ini dikongsikan oleh Puan Ameera Rashid menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang resepi, sila rujuk posting asal beliau di SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan