3 Kelebihan Pemasaran Media Sosial


1 - Meningkatkan Kesedaran Tentang Jenama


Sebagai orang yang melibatkan diri dalam dunia bisnes, kita perlu ada strategi marketing mengikut peredaran zaman.


Majoriti orang menghabiskan banyak masa dan aktif di media sosial, kita mesti bersedia untuk berhubung dengan mereka.


Banyak cara untuk berhubung menggunakan sosial media, yang penting perlu ada perancangan untuk konten yang ingin dikongsikan pada masa yang sama dapat meningkatkan kesedaran mereka dan memupuk minat mereka untuk berkomunikasi dengan kita.


2 - Penjimatan Kos Marketing


Marketing menggunakan media sosial adalah diantara yang menjimatkan kos dan tidak perlu mengeluarkan banyak wang untuk aktiviti pemasaran.


Namun perlu ada kemahiran dan juga teknik yang betul supaya kita boleh membina lebih banyak organik konten yang dapat menarik banyak lagi audien dan jualan.


3 - Memudahkan Pencarian


Kewujudan bisnes kita sendiri sukar untuk kelihatan di pencarian google sekiranya brand kita ini masih lagi baru didalam bisnes. Namun dengan adanya platform media sosial, ianya akan memudahkan lagi proses pencarian.


Bila mana kita konsisten dengan konten dan aktiviti pemasaran secara online, maka tanpa dicari, orang akan nampak jenama kita dikongsikan dimana-mana posting dan platform media sosial.


Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan