Boleh Hirup Sup Bermangkuk-Mangkuk! Resepi Koey Teow Th’ng Paling Asli & ‘Kaw’

 

Makanan berkonsepkan ‘Chinese Style’ sememangkan akan mendapat tempat di hati orang ramai. Salah satu menu yang menjadi kegilaan ramai adalah koey teow th’ng yang merupakan makanan tradisi masyarakat Cina. Mempunyai rasa yang ringan berserta sup yang enak dihirup ketika panas, makanan ini dikategorikan sebagai ‘comfort food’ dan sangat sesuai dimakan oleh pelbagai lapisan umur.

Tapi, macam mana nak buat juadah ini di rumah tetapi mempunyai rasa yang sama seperti dimakan di kedai? Ini resepi yang dikongsikan katanya mendapat resepi rahsia dari rakan Cina yang berniaga. Mesti kaw!

KOAY TEOW TH’NG CHINESE STYLE

Dapat recipe dari Chinese friend yang berniaga. Taugeh hasil dari cucuk tanam ~ happy dia lain maciam dpt mkn hasil titik peluh sendiri.

-Resepi sup – 2 org mkn

-Ayam – 2 ketul

-Bawang merah – 1biji

-Halia – 1inci

-Bawang putih dengan kulit – 3 ulas

-Garam+Gula batu + kiub ayam

CARA STEP BY STEP

1.Renehkan semua bahan-bahan diatas sampai mendidih lebih kurang setengah jam dengan api yang perlahan , toskan ayam dan carikkan untuk dibuat rencah.

-Tapis bawang bawang +halia untuk mendapatkan sup yang lebih jernih

-Masukkan semula tulang ayam tadi dan reneh dalam 10 minit

Bahan-bahan hiasan/rencah:

-Koay teow ditos dengan air panas

-Fishcake

-Daun bawang

-Taugeh dicelur

-Lada putih

Untuk mendapat rasa asli Koay teow Th’ng Ala Chinnese, goreng bawang putih yang telah dicincang dalam minyak.. Jangan terlalu garing. Tambahkan didalam sup ketika dihidang. Siap!

Sumber: Azura Felula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan