Kecur Liur Dibuatnya! Resepi ‘Sizzling Yee Mee’ Homemade Tak Payah Guna Hot Plate

 

“Sedapnya sizzling yee mee!”

Menu sizzling yee mee sememangnya menjadi kegemaran sesiapa sahaja terutama sekali ketika anda berkunjung ke pasar raya. Di pasar raya, mesti akan ada ‘food court’ yang menjual sizzling yee mee yang dihidang menggunakan hot plate serta dimakan panas-panas. Namun, sejak kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, pergerakan kita agak terhad dan agak risau juga untuk menjamu selera di luar.

Jangan risau, kalau anda teringin nak makan sizzling mi macam di foodcourt ini, anda boleh buat sahaja di rumah tanpa perlu menggunakan hot plate pun. Mudah sahaja dan lebih puas dimakan!

CARA MASAK SIZZLING YEE MEE TAK PAYAH GUNA HOT PLATE

4 bawang putih – tumbuk lumat

Sedikit halia – tumbuk lumat

10 tangkai cili kering – potong 3

Isi ayam agak-agak la nak banyak mana – potong

4 sudu makan sos tiram@sos black pepper

Kicap cair ckit

Kicap masin@manis ckit

2 kiub ayam

Cendawan shitake – potong dan rendam

Tepung jagung – bancuh

Yee mee – celur@biar keras je..masa makan dia rangup..lg sedap

Sawi – celur

Teloq

Gula dan garam secukup rasa

Cili api – potong besaq..kalau nak pedas

CARA MASAK:

1.Tumis bawang putih, halia,cili api,kiub ayam n cili kering sampai naik bau.

2.Then masukkan ayam.

3.Then masukkan cendawan shitake.

4.Masukkan air, sos tiram@sos black pepper, kicap pekat, kicap cair, kicap masin or manis…

5.Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali ikut byk mana hampa suka..pekat ka cair ka..

6.Akhir sekali, masukkan gula ckit…dan garam secukup rasa. Tadaaa.!!! Siap dah.!!!

7.Masuk segenggam yee mee dlm kuali comel…Masukkan kuah yang dah siap ke dalam kuali tu…pecahkan telur dan masukkan sawi.

Sumber: Noorazila bt Yatim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan