“Roti Hamlet? Tak pernah dengar pun”
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang kurang kenal dengan nama Roti Hamlet. Untuk pengetahuan anda, Roti Hamlet merupakan antara juadah sarapan yang popular di Kelantan. Namanya unik tetapi cara untuk masak roti ini adalah sangat mudah kerana ia melibatkan roti telur yang disapu dengan kaya. Memang kalau buat dekat rumah ni, anak-anak pun suka!
RESIPI ROTI HAMLET KAYA
Serious sedapp tangkapp leleh bila makan. Bila makan tu rasa ala-ala bangsawan taw. Okey jom check it out barang yang diperlukan.
BAHAN YANG DIPERLUKAN
– Roti Hotdog / Roti Kebab ikut korang
– Telur 3 biji
– Kaya
– Planta / Marjerin
CARA MEMBUATNYA
1. Pecahkan 3 biji telur kacau sampai hancur dan masukkan garam sedikit saja. Letak tepi dulu.
2. Ambil 2 keping roti hotdog belah tengah dan sapukan planta atau marjerin. Mana yang ada dekat dapur tu guna ja ok.
3. Ambil nonstick pan panaskan kemudian bakar roti hotdog sampai garing dan lembut. Angkat letak tepi.
4. Ambil telur yang dah di kacau tadi tuangkan dalam pan sampai separuh masak, kemudian ambil roti hotdog yang bakar tadi letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur yang mewah.
5. Dah masak terbalikkan dan angkat letak dalam pinggan. Time ni la yang best.
6. Sapukan seberapa banyak kaya yang korang nak. Lagi banyak lagi sedapp. Potonglah ikut besar mulut korang atau boleh je makan seketul roti tu. Hikhik
Siap! Senang kan.Wajib korang cuba. Mudah simple anak beranak pasti suka. Oppss jangan lepas ni roti hotdog pulak habis yer time pkpb ni.
Sumber: Nani Habib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan