Tips Personal Branding Yang Perlu Anda Ketahui


1. Be visible dan boleh dihubungi.

Perlu ada visibility dalam media sosial. Pilih platform kalian sama ada di Facebook, LinkedIn, Twitter, Instagram atau YouTube.


Platform mana pun kalian mesti boleh dihubungi, bermakna balas mesej dalam masa 3 jam.


2. Tunjukkan diri kalian yang sebenar atau personaliti yang mahu orang kenal kalian.

Di media sosial janganlah manjang tulis pasal benda yang kalian jual. Ini media SOSIAL. Tempat untuk berkawan sebenarnya.


3. Faham industri kalian.

Walaupun namanya media sosial ia masih tak lari dari industri kalian. Ada ramai orang di media sosial dan masing-masing ada dalam industri sendiri. Untuk menarik perhatian ramai, faham industri mana kalian berada.


4. Praktis networking 2 hala.

Ingat di media sosial jaringan adalah perkara penting. Ramai yang hanya fokus pada kepentingan sendiri sedangkan kepentingan orang lain selalu nampak tak nampak je. Tidak perlu terlalu pentingkan diri sendiri. Tengok juga kemahuan orang ramai.


5. Mesti ada data pelanggan atau mereka yang selalu berinteraksi dengan kalian.

Ambil tahu siapa yang selalu like, komen atau share. Ini boleh membuatkan kalian tahu siapa sasaran kalian jika mahu menjual sesuatu produk atau servis.


Bina kepercayaan di media sosial. Kesan sekarang sangat hebat di dalam talian.


Credit Content Zamzuri Abd Malik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan