Gerai Hilang Sekelip Mata Dirempuh Kereta, Halo Telco Tampil Beri Gerai Baharu Kepada Peniaga

 Gerai hilang sekelip mata dirempuh kereta, Halo Telco tampil beri gerai baharu kepada peniaga


PRIHATIN dengan nasib tiga peniaga tepi jalan di Kajang yang hilang punca pendapatan selepas dirempuh sebuah kereta, syarikat telekomunikasi Halo Telco tampil memberikan sumbangan.


Ketua Pegawai Eksekutif Halo Telco Mohd Shukri atau lebih dikenali sebagai Shukex berkata, pihaknya cuba memberikan bantuan set kedai yang baharu untuk kesemua peniaga yang dilanda musibah itu.


“Saya dapat berita daripada pasukan saya yang ada sebuah kereta merempuh tapak niaga di Kajang.


“Ada tiga kedai yang terlibat dan kesemanya mengalami kerosakan melibatkan barangan perniagaan yang digunakan.


“Jadi, saya hadiahkan mereka set berniaga untuk digunakan bagi mereka bangkit daripada dugaan tersebut,” katanya.

Menurut Shukex, buat masa ini dua sidah membeli satu set kedai jenama Milo Malaysia seperti yang dimiliki seorang peniaga yang terlibat.


Ujarnya, dia akan membelikan khemah, set memasak untuk kegunaan perniagaan dan sepanduk (banner) untuk kegunaan peniaga.


“Saya juga sempat singgah di kedai peniaga yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan belanja orang di sana makan secara percuma.


“Semoga mereka yang terlibat dengan dugaan ini dapat berniaga semula seperti biasa,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Azman Shariat mengesahkan tiga keda dirempuh sebuah kereta di Kajang kira-kira pukul 3 petang semalam.


“Kejadian berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 58 tahun yang mahu keluar dari kawasan parkir tiba-tiba hilang kawalan kerana masalah brek lalu panik dan langgar sisi kiri depan kereta Honda City yang diparkir serta tiga gerai.


“Pemandu wanita berusia 39 tahun yang juga pemandu Honda City itu turut mengesahkan pelapik getah itu berlipat selepas membuat pemeriksaan dalam kereta Proton Saga berkenaan,” katanya. -SM 

(March 11, 2021 by AZRUL RADI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan