3 Kesilapan Dalam Business Yang Sering Dilakukan


3 KESILAPAN DALAM BISNES


Dibahagikan kepada 3 fasa:


FASA 1 - BELUM MULA

.......


Tidak bermula. Asyik tunggu masa sesuai untuk bermula.


Buku bisnes sudah banyak baca, 

guru bisnes sudah ramai follow. Langkah pertama masih belum dimulakan.


Mulakan sahaja. Mula seawal mungkin.


Kita akan banyak belajar apabila sudah 

bermula.


Selagi tidak memulakan, selagi itu jalan 

berkelabu.


Mula sedikit, jalan akan terang sedikit. 

Begitulah seterusnya.


Mula dengan modal kecil. Belajar 

gandakan duit kecil dahulu. Usah mula 

dengan besar-besar, duit pinjaman, 

modal puluhan atau ratusan ribu. Bila 

bubar, sakitnya tuh di sini.


.

FASA 2 - SUDAH MULA

.......


Apabila sudah bermula, mahu cepat 

kaya.


Majoriti bisnes ambil masa untuk buat 

duit banyak.


Buat duit sikit dahulu, lama-lama duit 

banyak akan datang.


Sabar.


Terus berusaha setiap hari dan percaya 

satu hari nanti bisnes kita akan sampai 

titik lonjakan.


Buang 'hati tisu' itu.


Lihat kejayaan kecil usahawan lain. 

Bergaul dengan mereka. Luaskan 

bulatan kenalan kita. Sedikit sebanyak 

ia dapat beri dorongan kepada kita 

untuk terus konsisten buat sampai jadi.


.


FASA 3 - BISNES SUDAH BUAT DUIT

.......


Apabila bisnes sudah berjaya buat duit, 

terlalu lama berada dalam zon selesa.


Buat duit memang seronok. Dapat duit 

poket setiap bulan. Ini fasa berjinak-

jinak dengan duit banyak.


Jangan lama-lama berada dalam fasa 

buat duit. Bisnes yang buat duit belum 

tentu dapat bertahan lama.


Bisnes terbahagi kepada banyak 

komponen. Bukan komponen buat duit 

(jualan) sahaja yang harus dikukuhkan.


Ada lagi komponen lain seperti :


+ Pemasaran

+ Khidmat pelanggan selepas jualan.

+ Admin

+ Kewangan

+ Pengurusan sumber manusia.

+ Operasi


Belajar mensistemkan bisnes kita.


Mula belajar ilmu membina syarikat 

dan bisnes yang dapat bertahan, berdiri

teguh dan berkembang untuk jangka 

masa yang panjang.


+ Labur semula keuntungan bisnes 

untuk luaskan pasaran produk.

+ Belajar berniaga dengan cara 

berpartner.

+ Belajar ilmu pembangunan organisasi.

+ Bina ahli pasukan - PENTING!

+ Lantik orang betul urus kewangan 

syarikat.

+ Tambah baik sistem dan SOP.

+ Bayar cukai, bayar zakat. Kemudian 

labur sebahagian keuntungan untuk beli aset.


Otak buat duit hanya fikir 30 hari ke 

6 bulan akan datang.


Otak bina bisnes berfikir 10 tahun ke 

hadapan.


Mulakan langkah daripada SOLO-

preneur (Self-Employed) kepada 

BUSINESS OWNER. Susun batu-bata 

bisnes kita itu sehingga satu hari nanti 

ia berdiri teguh dengan asas yang 

kuat, tidak rapuh.


Krt penulis asal

Zero to Hero

Tiada ulasan:

Catat Ulasan