5 Sebab Perniagaan Internet Jadi Pilihan Ramai Sekarang


           🔥 TIPS MARKETING PILIHAN HERO 🔥


1. Kos Yang Cukup Rendah

▪️Untuk membuka perniagaan internet, kalian tak perlu sewa kedai dan keluarkan duit untuk bayar sewa setiap bulan. 

▪️Tak perlu ubah suai kedai, tak perlu pasang signboard dan sebagainya. 

▪️Mungkin ada sedikit kos mula seperti kelas untuk belajar, tambah ilmu dari buku yang berkaitan dan seumpamanya. 

▪️Tapi bayangkan dengan kos sedikit itu kalian boleh pasarkan perniagaan internet kepada ratusan juta manusia!



2. Perniagaan Yang Tak Ada Waktu Rehat

▪️Perniagaan internet membuka pintu besar untuk berniaga selama 24 jam sehari tanpa henti. Semuanya dapat dilakukan dengan adanya sistem automasi di dunia internet dalam menjalankan transaksi perniagaan. 

▪️Jika kalian menjual produk kasar mungkin perlu turun ke padang untuk penghantaran.

▪️Tetapi jika produk yang semuanya berasaskan digital, kalian tak perlu buat apa-apa lagi untuk biarkan perniagaan berjalan sepanjang hari sepanjang tahun.



3. Fleksibel 

▪️Kemudahan internet membuatkan kalian tak perlu berhenti kerja terlebih dahulu untuk menjalankan perniagaan atau menjadi usahawan.

▪️Urusan perniagaan internet boleh dipantau ketika habis waktu kerja dan ketika waktu cuti. 

▪️Kemudahan inilah yang jarang ada pada perniagaan konvensional.



4. Mampu Bersaing Dengan Sesiapa Saja

▪️Jika website kalian kemas rapi dan mengkagumkan, tak ada orang akan tahu bahawa kalian hanya beroperasi dari rumah sahaja. 

▪️Ini membolehkan kalian bersaing duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan syarikat korporat besar lain.

▪️Asalkan kalian tunaikan apa yang dijanjikan, Kalian ada peluang yang sama untuk dapatkan pelanggan dan kekalkan kesetiaan mereka.



5. Mudah Dan Murah Untuk Percubaan

▪️Ini juga satu lagi kelebihan perniagaan internet. Kalian boleh terus mulakan perniagaan walaupun dengan hanya satu sahaja produk. 

▪️Ada berbagai cara untuk pasarkannya seperti menggunakan ebay dan menggunakan khidmat paypal untuk pembayaran. 

▪️Perniagaan biasa tak membolehkan urusan ini berlaku dengan mudah.



Jadi apa kalian tunggu lagi?

Kita dah boleh start mulai sekarang sebelum jiran kalian jadi jutawan senyap sebab beroperasi di rumah sahaja 😊



Sumber: Sifu Ash, Founder ZTH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan